Tuesday, June 10, 2008

ASSALAMUALAIKUM.... salam perkenalan

BIODATA

Nama:
Sekolah Kebangsaan Amer, 22200 Besut, Terengganu.
Gred: A
Jarak dari Pejabat Pelajaran Daerah Besut: 5 km
Jarak dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu: 122 km

PENGURUSAN SEKOLAH

  • Guru Besar: Tuan Hj. Wan Mohamad bin Wan Sulong
  • GPK.1: Pn. Hjh. Wan Zimah bt Wan Ibrahim
  • GPK.HEM: Pn. Hjh. Zaitong bt Awang
  • GPK.KK: Tuan Hj. Wan Ahmad bin Wan Husin

PENYATAAN VISI SEKOLAH KEBANGSAAN AMER

Bahawa sesungguhnya visi SK.Amer ialah menuju ke arah kesempurnaan pencapaian matlamat pendidikan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PENYATAAN MISI SEKOLAH KEBANGSAAN AMER

Bahawa sesungguhnya misi SK.Amer ialah mencapai matlamat Standard Tinggi Kualiti Pendidikan bagi melahirkan insan yang berilmu, perkasa diri, beriman dan berketerampilan.
MATLAMAT SEKOLAH KEBANGSAAN AMER
  1. Menanam semangat sikap kasih sayang terhadap sekolah, guru-guru, ibubapa dan kawan-kawan.
  2. Melahirkan individu-individu yang berdisiplin dan bermoral tinggi.
  3. Meningkatkan mutu pencapaian kelulusan semua murid.
  4. Menjadikan sekolah sebagai institusi ilmu dari segi kemudahan fizikal, pengajaran dan pembelajaran dalam penggunaan ICT yang menyeluruh dan bersepadu.
  5. Menerapkan nilai-nilai Islam supaya melahirkan insan yang berilmu dan berpengetahuan serta bertanggungjawab.
  6. Meningkatkan kebersihan dan kecantikan sekolah pada setiap masa bagi keselesaan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid.
  7. Gerakan untuk merapatkan lagi hubungan masyarakat dan perasaan kasih sayang kepada sekolah seseuai dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai institusi masyarakat.
  8. Menjalankan aktiviti untuk melahirkan budaya membaca di kalangan murid.
  9. Melahirkan satu masyarakat yang berilmu pengetahuan tinggi serta dapat menggunakan ilmunya

PIAGAM PELANGGAN SK.AMER

Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kami berazam untuk memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin sebagaimana berikut:

  • Memberi perkhidmatan yang sempurna dan berkualiti serta berwawasan.
  • Menyediakan perkhidmatan yang cekap, mesra dan penuh dedikasi.
  • Menepati masa sebagai budaya kerja.
  • Meningkatkan permuafakatan dan penglibatan wwarga sekolah dan masyarakat setempat dalam urusan pendidikan.
  • Menyediakan prasarana yang mencukupi dan memberangsangkan pendidikan.
  • Akur kepada segala peraturan dan teguran untuk meningkatkan pendidikan.